Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar jelajah semenanjung sebelum keputusan Liwat II
Diterbitkan:  Dec 28, 2011 7:38 PM
Dikemaskini: 4:26 PM

Menjelang keputusan perbicaraan kes Liwat II pada 9 Jan, jadual ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim padat dengan acara ceramah.

Beliau akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Tempoh berkenaan, antara 3 hingga 8 Januari diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Anwar dipetik AFP sebagai berkata, ramai yang mendoakan supaya beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Beliau juga akan menggunakan peluang dalam siri ceramah berkenaan untuk menjelaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Sekiranya didapati bersalah, bekas timbalan perdana menteri itu dijangka berdepan dengan hukuman penjara sedangkan pilihan raya umum dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Walau "optimis" dengan peluangnya untuk dibebaskan, Anwar berkata beliau bersedia untuk menghadapi keadaan yang paling buruk.

[Baca berita penuh]

ADS