Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Turun bendera Najib: Adam digantung tiga semester
Diterbitkan:  Jan 9, 2012 5:33 PM
Dikemaskini: 11:51 PM

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

adam adli  suspended by upsi 090112 02 Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.

Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.

Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar… Kita akan umumkan bila kita fail (permohonan)," katanya.

Katanya, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan itu walaupun diberi peluang.

NONE "Saya diberi peluang untuk merayu, tapi buat apa saya nak merayu pada orang sebegini," katanya lagi.

Dalam prosiding itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata, beliau dimaklumkan dalam sesi itu bahawa akibat perbuatannya menurunkan bendera Najib, "satu Malaysia berbalah".

Beliau juga  menyifatkan keputusan terhadapnya tidak menghormati kebebasan akademik dan sangat bias kerana melibatkan juri yang terdiri daripada "orang Umno".

adam adli  suspended by upsi 090112 protesting Panel lapan juri untuk prosiding itu antaranya Prof Datuk Dr Zainal Kling.

"Saya tak faham macam mana orang ini boleh bergelar professor.Jadi selepas berbalah, saya pun malas cakap banyak, saya tahu inilah mahkamah AUKU yang saya tidak pernah mengiktirafnya, (dan) saya digantung selama 3 semester," katanya.

ADS