Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

perkasa open house 290112 ibrahim ali speech "(Kita menyokong afirmatif) secara keperluan dan pada masa yang sama, dalam perkara berkongsi kek ekonomi, kami mahu mencapai 30 peratus itu.

"Kami berpegang kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan. Kami menyokongnya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Malah, ahli parlimen Pasir Mas menegaskan pihaknya memperjuangkan perkara tersebut sejak awal penubuhannya, tetapi hasrat mereka disalah-ertikan.

Dakwanya, hal demikian berlaku disebabkan terdapat penulis blog dan laman web yang ' twist ' perkara itu sehingga meletakkan imej yang buruk kepada NGO - yang lantang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera itu.

"Saya harap tidak ada persepsi salah terhadap PERKASA," katanya dalam sidang media, selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran pihaknya di ibu negara hari ini.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 2 Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

Perkasa cny event grabbing at angpow "Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

VIDEO | 8.19 min

ADS