Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II pada 9 Januari lalu.

Beliau memberi keterangan dan disiasat di bawah seksyen 41 A Akta Hasutan 1948 di Balai Polis Kepong kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan, Azmin berkata terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Sentul ACP Zakaria Pagan pada 30 Disember lalu, yang mendakwa Azmin ( bawah, kanan ) akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9 Januari.

NONE "Saya kecewa dan kesal atas tindakan ini kerana ia satu tindakan untuk menekan dan menutup suara Pakatan Rakyat dengan mengguna Akta Hasutan.

"(Sedangkan) pada 6 Januari, pegawai (tertinggi) polis memberi kebenaran perhimpunan diadakan pada 9 Januari. Mengapa siasatan ini diteruskan.

"Ini satu bentuk harrassment untuk senyapkan pemimpin Pakatan Rakyat," katanya.

Ditanya apa yang ditanya dalam sesi keterangan tersebut, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menjelas antaranya adakah Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin turut terlibat menganjurkan perhimpunan tersebut.

Bagaimanapun, Azmin menjawab bahawa beliau mengambil sikap untuk berdiam diri dan sedia memberi keterangan sekiranya di hadap ke mahkamah.

Beliau memberi keterangan selama setengah jam, dan dilihat keluar bersama-sama peguamnya N Surendran yang juga naib presiden PKR kira-kira jam 11.40 pagi

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak tidak tahu sama ada polis akan berbuat demikian.

 

 

 

ADS