mk-logo
Berita
Tinjauan: Pengundi mahu Najib-Anwar berdebat
Diterbitkan:  Mar 5, 2012 10:33 AM
Dikemaskini: 11:43 PM

Kebanyakan pengundi ingin melihat perdebatan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kenyataan.

Menurut tinjauan Merdeka Centre yang dibuat dari 10 hingga 23 Februari lalu, sebanyak 54 peratus responden menyokong agar kedua-dua pemimpin itu berdebat.

azlan Sokongan tertinggi datang daripada pengundi muda apabila kira-kira dua pertiga daripada mereka bersetuju agar Najib dan Anwar berdebat bagi mempamerkan idea dan dasar yang akan diperkenalkan kepada negara.

Sebanyak 76 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun menyokong debat itu. Bagi pengundi berumur 31 hingga 40 tahun pula, 56 peratus menyokongnya.

Sokongan terendah datang daripada responden berusia 60 tahun ke atas, iaitu sebanyak 39 peratus.

Pecahan mengikut kaum pula mendapati satu pertiga daripada pengundi Cina menyokong idea itu (66 peratus) berbanding pengundi Melayu (54 peratus) dan India 34 peratus.

Antara topik-topik yang menjadi pilihan pengundi untuk dibahaskan adalah isu-isu ekonomi (17 peratus); isu semasa negara (sembilan peratus); kebajikan rakyat dan pembangunan negara (masing-masing tujuh peratus). Ini diikuti oleh isu memerangi rasuah pada kadar lima peratus.

Selain itu, responden turut mencadangkan isu semasa negara seperti skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), hutang negara yang semakin bertambah dan  isu-isu pentadbiran lain juga dibahaskan.

[Baca berita penuh]

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini