Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,000 direkrut pantau 'hantu' Pandamaran

DAP Pandamaran, Klang merancang merekrut 1,000 sukarelawan bagi memantau kemungkinan wujudnya pengundi hantu di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

M pandamaran dap balloon 110312 engaktifkan jenteranya hari ini, ADUN kawasan itu Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu.

"Kami mendaftarkan lebih daripada separuh pengundi baru, tetapi separuh lagi kami tidak tahu siapa yang mendaftarkan mereka. Jadi kami perlu amat berhati-hati (akan kemungkinan wujud pengundi hantu)," katanya.

Salam sidang medianya juga, Liu berkata, selain Pandamaran, dua lagi kawasan pembangkang Hulu Selangor dan Kapar juga menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 19,000 dan 18,000 pengundi baru.

Pengaktifan jentera pilihan rayanya juga menyaksikan belon roket besar saiz 36x18 berbentuk logo DAP dilancarkan ke udara.

[Baca berita penuh]

ADS