Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Umno tak perlu kumpul dana p'raya dari bursa'
Diterbitkan:  Mar 14, 2012 5:58 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin berkata, parti pemerintah tidak perlu untuk mengumpul dana pilihan raya dari pasaran saham kerana Umno dan parti komponan BN mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengulas spekulasi pasaran bahawa akan ada peningkatan pasaran saham sebelum pilihan raya umum kerana parti pemerintah perlu mengumpul dana pilihan raya dari pasaran.

daim zainuddin Dalam satu temubual dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau , Daim (kanan) menyifatkan ia sebagai satu "persepsi" kerana tidak ada keperluan bagi Umno untuk berbuat demikian.

Dia meneka bahawa pasaran saham Malaysia tidak akan menyaksikan sebarang peningkatan mendadak selagi krisis di Eurozon tidak dapat diselesaikan.

"Jika pasaran luar tidak memuaskan, maka tidak kira apa yang anda lakukan, anda tidak boleh meningkatkan pasaran domestik.

"Di samping itu, saya tidak fikir kita masih ada apa yang dipanggil 'stok Umno' atau 'stok BN' sekarang," katanya dalam laporan tersebut.

Daim juga mendedahkan bahawa beliau telah berhenti daripada pasaran saham, dengan menegaskan bahawa "beliau tidak ada masa dan sudah berusia".

[Baca berita penuh]

ADS