Malaysiakini BERITA

'Penyerang' cabar Wee potong ayam

Wong Teck Chi & Lee Long Hui  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seorang warga emas yang didakwa cuba menyerang timbalan menteri pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, menafikan bahawa beliau telah bertindak kasar semasa perhimpunan pendidikan Cina, Ahad lalu.

Lee Siak Taa, 60, dalam laporan polisnya hari ini menjelaskan bahawa beliau tidak menyerang timbalan menteri berkenaan.

Sebaliknya, beliau hanya menunjukkan isyarat 'tidak bagus' kepada pemimpin MCA itu, kata Lee lagi dalam laporan polisnya.

Lee juga mencabar Wee untuk mengambil bahagian dalam satu upacara menyembelih ayam untuk membuktikan bahawa beliau berkata benar.

Ketika dihubungi hari ini, timbalan presiden Dong Zong, Chow Siew Hong berkata Lee telah menemui pegawai badan tersebut untuk memberikan penjelasan.

Pegawai berkenaan kemudiannya menemani Lee ke sebuah balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis dan kenyataan beliau juga telah dirakamkan.

Ketika ditemui selepas itu, Lee mengakui bahawa beliau telah memarahi dan mengganggu menteri tersebut secara lisan.

Beliau juga mengakui telah mengangkat tangannya untuk menunjukkan isyarat 'tidak bagus' ke arah Wee.

Bagaimanapun, Lee berkeras bahawa beliau tidak mengangkat penumbuk, seperti didakwa Wee.

Upacara mengorbankan ayam jantan itu merupakan satu tradisi untuk membuktikan bahawa seseorang tidak bersalah.

[Baca berita penuh]