Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tunku Aziz digugurkan, PP namakan dua senator baru

Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim digugurkan daripada jawatan senator, dan tempohnya yang berakhir pada 30 Mei depan, tidak diperbaharui.

Tunku Abdul Aziz dijangka berdepan dengan tindakan daripada DAP selepas kenyataannya menolak perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April lalu di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara terbuka membidas Tunku Aziz, dengan berkata bahawa kenyataan naib presiden DAP itu telah meletakkan parti itu dalam "kedudukan yang memalukan" sedang parti itu menyokong BERSIH yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Difahamkan bahawa tempoh jawatan senator bekas setiausaha PKR negeri dan pengarah pilihan raya negeri, Mustafa Kamal Mohd Yusoff, juga tidak akan diperbaharui.

Hari ini kerajaan negeri Pulau Pinang mencadangkan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia Dr Ariffin S.M Omar dan Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan & Sekutu Syed Shahir Syed Mohamud, sebagai anggota Dewan Negara, lapor Bernama.

    

Dr Ariffin, 63, dan Syed Shahir, 60, dipilih selepas Ketua Menteri Lim Guan Eng membentangkan usul melantik dua anggota Dewan Negara dalam persidangan  Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff yang tamat perkhidmatan pada 30 Mei ini.

    

Lim berkata Dr Ariffin adalah ahli dalam Sejarah Melayu dan telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah serta pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

    

Lim berkata Syed Shahir pula dicalonkan ekoran pengalamannya dalam aktiviti dan gerakan kesatuan pekerja di Malaysia sejak 38 tahun.

    

"Selain itu kewibawaannya yang pernah mewakili negara dalam pelbagai forum, persidangan dan seminar di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.

 

ADS