Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri didakwa tak tunai janji, veteran tentera akan demo

Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) akan mengadakan satu lagi demonstrasi - kali ini dengan mensasarkan Kementerian Pertahanan dan menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden persatuan itu, Mohd Ali Baharom berkata, demonstrasi pada 29 Jun itu akan dibuat kerana PVTM kecewa dengan menteri yang antara lainnya didakwa tidak menunaikan janjinya sebelum ini.

NONE

“Veteran kecewa kerana tidak dihargai sebagai contoh tentang isu kebajikan dan layanan menteri kepada persatuan bekas tentera.

“Sebelum ini juga Datuk Zahid ada berjanji seperti nak beri pencen kepada bekas tentera. Tetapi tak beri.

"Kemudian beliau juga berjanji nak memberi saguhati kepada bekas tentera yang tak pencen," katanya ketika menghubungi Malaysiakini semalami.

Beliau menjangkakan seramai 2,000 orang bekas tentera akan menyertai demonstrasi pada 11.30 pagi di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

PVTM yang diketuai Mohd Ali sebelum ini meraih populariti melalui demonstrasi "senaman punggung" ke atas pengerusi bersama BERSIH 2.0 pada 15 Mei.

Susulan perhimpunan pada 15 Mei, PVTM menerima kecaman pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak, termasuk oleh ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

PVTM yang berang dengan kritikan tersebut kemudiannya mengancam untuk mengadakan satu lagi demonstrasi ke atas Khairy.

Bagaimanapun, cadangan untuk ke mengadakan demonstrasi di hadapan rumah MP Rembau itu dibatalkan kerana Mohd Ali mengatakan, ketua pemuda itu telah memohon maaf kepadanya.

ADS