Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Laporan polis terhadap MP mahu Ambiga 'digantung'

S Pathmawathy

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Ahli Parlimen DAP akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mahu Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga "digantung" kerana didakwanya seorang "pengkhianat".

NONE Semasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi rang undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, beliau mendakwa Ambiga

(kanan) sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka.

"Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," katanya.

NONE "Kita tidak akan membuang masa meminta (Mohamad) menarik balik kenyataannya atau memohon maaf, tiada gunanya.."

Beliau berkata, kenyataan Mohamad "rasis" kerana orang lain dalam

jawatankuasa BERSIH termasuk bersama Pengerusi Bersama, Datuk A Samad Said, terlepas daripada kritikan itu.

Lim berkata, imuniti parlimen tidak akan melindungi Mohamad (kiri) kerana imuniti seumpama itu adalah terhad.

[Baca berita penuh]