Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Harga saham pengendali e-mel 1Malaysia Tricubes Bhd jatuh 70 peratus pagi ini selepas Bursa Malaysia menolak pelan rombakannya, menyebabkan kemungkinan dikeluarkan daripada senarai bursa saham.

Syarikat teknologi maklumat yang disenaraikan di papan kedua pasaran ACE, akan digantung bermula 11 Julai dan diberi masa sehingga 2 Ogos untuk merayu terhadap tindakan itu, menurut pengumumannya kepada Bursa semalam.

NONE Ini menyebabkan situasi fire sale (situasi urus niaga dengan harga amat rendah) apabila bursa saham dibuka, menyaksikan harga saham Tricubes menjunam kepada 3 sen pada 10.23 pagi - 70 peratus lebih rendah daripada harga urus niaga terakhir.

Tricubes merupakan saham paling banyak diperniagakan di Bursa, yang mana 15,400,400 bertukar tangan setakat ini.

Syarikat itu dianugerahi projek kontroversi e-mel 1Malaysia pada April tahun lalu untuk menyediakan saluran komunikasi digital antara kerajaan dan orang awam.

Projek itu mendapat kritikan bertubi-tubi orang awam kerana badan kerajaan perlu membayar setiap e-mel yang dihantar menggunakan akaun e-mel 1Malaysia.

[Baca berita penuh]

ADS