Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar hari ini menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.

NONE 'Pegangan' yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan akhbar Cina sebelum ini, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.

Sin Chew Daily pada Sabtu lalu melaporkan Noh sebagai mengaku mempunyai pegangan dalam perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, sambil menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.

Beliau dipetik sebagai berkata, ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak dimilikinya, beliau belum lagi dilantik sebagai menteri pertanian.

[Baca berita penuh]

ADS