BERITA

CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Lee Way Loon

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Jul 2012, 9:56 pagi

Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak

pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau.

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.