mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air 8 Ogos di Petaling, Cheras
Diterbitkan:  Aug 1, 2012 12:50 AM
Dikemaskini: 11:17 AM

Lebih 40,000 pengguna di kawasan Petaling dan Cheras akan mengalami gangguan bekalan air pada 8 Ogos ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air

Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut satu kenyataan SYABAS semalam, gangguan bekalan air di kawasan Petaling yang bermula 10 malam 8 Ogos sehingga 3 pagi keesokan harinya adalah ekoran kerja-kerja penggantian injap di Kolam Air Sime UEP.

Gangguan ini melibatkan USJ1 hingga USJ15, USJ 16 hingga USJ 27, Putra Avenue dan Putra Harmoni yang melibatkan 37,000 akaun, kata kenyataan itu.

Di Cheras, gangguan yang bermula 10 malam 8 Ogos hingga 6 pagi keesokan harinya akan melibatkan Taman Shamelin Perkasa, Taman Tenaga, Kondominium Sri Emas, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Jalan Pudu Ulu, Jalan Jejaka, Casa Ria Apartments, Kompleks Maluri, Jusco Maluri dan Hotel Maluri yang melibatkan 3,654 akaun.

Gangguan adalah berikutan kerja-kerja penggantian injap di Taman Pertama.

Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melayari laman web SYABAS www.syabas.com.my.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS