Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri: Tak perlu isytihar haram sokong DAP

Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

saifuddin abdullah evidence act forum 2 Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.

Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat  haram bagi umat Islam menyokong DAP.

Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."

[Baca berita penuh]

ADS