Malaysiakini BERITA

Anak dakwa JAIPP 'rampas' abu mayat ibu

Susan Loone  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh sekumpulan penganut Hindu ke atas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) atas tindakan badan tersebut yang didakwa merampas abu mayat seorang wanita didakwa menganut Islam.

Salah satu laporan polis itu dibuat di balai polis Nibong Tebal oleh anak si mati, M Kamasanthren dan 17 lagi saudara mara dan rakan keluarga tersebut.

jaipp body snatching 220812 Dalam laporannya, Kamasanthren mendakwa keluarganya menerima maklumat melalui telefon pada 14 Ogos bahawa beberapa orang pegawai yang mendakwa daripada daripada JAIPP ingin mengambil alih abu mayat ibunya M Nagamah.

Tambahnya, bapa saudaranya R Raja, yang berhubung dengan individu daripada rumah pembakaran mayat tersebut telah menegaskan bahawa keluarga itu tidak membenarkan JAIPP berbuat demikian.

Raja juga menegaskan bahawa pegawai itu tiada kuasa undang-undang untuk mengambil alih jasad abu mayat ibunya yang menjadi milik keluarga tersebut secara sah, melainkan JAIPP telah melalui proses perundangan, dakwanya.

Bagaimanapun, pegawai JAIPP itu tetap berkeras dan kemudiannya merampas abu mayat ibunya, dakwa Kamasanthren, 46.

Beliau mendakwa, perbuatan itu merupakan tindakan "mencuri" jasad ibunya.

"Ibu saya dan keluarga saya yang lain adalah rakyat Malaysia dan hak serta kepentingan kami sepatutnya dilindungi perlembagaan persekutuan dan undang-undang Malaysia.

"Perbuatan mencuri jasad ibu saya yang sudah dibakar ini adalah secara terang-terangan merupakan pelanggaran undang-undang serius dan jelas melanggar hak yang diperuntukkan kepada kami dalam Perkara 11 mengenai kebebasan beragama," tegasnya.

Anak sulung dalam keluarga itu berkata beliau membuat laporan polis kerana ingin polis menyiasat perkara itu dan mahu masalah dengan JAIPP diselesaikan dengan "aman" kerana mereka ingin menjalankan satu lagi upacara mengikut agama Hindu pada 28 Ogos.

[Baca berita penuh]