mk-logo
Berita
PAS tetap laksana hudud 'ikut demokrasi', kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".

NONE Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan PAS.

"Isu hudud isu semua tak kira Umno atau PAS. PAS akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi PAS tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan isu hudud yang timbul kali ini sebagai satu kaedah untuk mengalihkan perhatian rakyat dalam isu yang membelenggu negara.

Isu hudud dan negara Islam yang terus ditimbulkan dalam media dikawal Umno itu itu merupakan langkah "menyemai kebencian kaum dan agama", katanya lagi dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pakatan Rakyat mengamalkan "politik konsensus" dan menghormati perbezaan pandangan dan pendirian parti gabungannya.

“Ini dicerminkan melalui politik konsensus. Sebagai orang Islam, saya berpegang kepada kepercayaan saya dengan al-Quran dan sunnah," katanya yang menambah kedua-duanya menerbitkan prinsip syariah.

 “Saya percaya bahawa maqasid al shariah (objektif lebih besar dari syariah) adalah lebih penting daripada prinsip pentadbiran," katanya lagi yang menjelaskan bahawa ia tidak bercanggah dengan hukum demokrasi.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini