PM: K'jaan sentiasa pegang 'maqasid syariah'

       

Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip "maqasid syariah" (tujuan-tujuan syariah) dalam pentadbiran negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini bermaksud, jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk melindungi kesucian agama Islam.

NONE "Ini cara terbaik untuk mentadbir negara. Kami memenuhi prinsip-prinsip Islam dan maqasid syariah.

"Prinsip ini bermakna menjaga Islam daripada segi kesucian, kedudukan, daripada aspek kepercayaan, moral, pentadbiran, dan lain-lain, supaya Islam boleh diamalkan dengan sempurna," kata Najib.

Kenyataan ini dibuat selepas perbahasan berhubung isu hukum hudud berterusan, dengan PAS mempersoalkan tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno enggan melaksanakan hudud.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda