Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berazam berhimpun secara besar-besaran mendesak perdana menteri menyelamatkan Felda jika harga saham Felda Global Venture jatuh kepada RM4 seunit.

crowd at anti-felda fgv march pas "Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," kata presiden ANAK, Mazlan Aliman pada sidang media di ibu negara pagi tadi.

Pada perhimpunan antipenyenaraian Felda 14 Julai lalu, lebih 5,000 orang berarak dalam pakaian oren dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara.

Mereka menuntut Yang di-Pertuan Agong boleh campur tangan menghalang usaha keranaa itu berdasarakn Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kepentingan orang Melayu.

Bergantung pada dana awam

Saham FGV yang dibuka pada harga RM4.55 seunit melonjak kepada RM5.39 seunit pada hari pertama ia disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ia kemudian melonjak kepada RM5.46 seunit pertengahan Jun lalu sebelum merudum paling rendah kepada RM4.57 sen - dua sen lebih tinggi daripada harga ia mula didagangkan.

azlan Saham FGV didagangkan pada RM4.90 seunit hari ini, selepas KWSP meningkatkan pegangannya kepada 6.98 peratus awal September lalu.

Mazlan turut mempersoalkan jika kerajaan akan terus menggunakan wang KWSP untuk menyelamatkan harga saham Felda.

Menurut Mazlan, harga saham FGV kembali kukuh semata-mata kerana dana awam apabila Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) membeli 2 juta unit bagi mengelakkan harganya terus jatuh.

Beliau juga berkata, "penyelamatan" itu tidak disenangi rakyat Malaysia yang mencarum dalam KWSP dan pihahnya mempertimbangkan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.

"Ini bukan membabitkan peneroka sahaja tetapi sudah membabitkan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

ADS