Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bajet 2013 'pemurah', tapi ketepi reformasi ekonomi?
Diterbitkan:  Sep 26, 2012 5:43 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.

NONE Pendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

"Jelas sekali ia akan menjadi bajet pilihan raya. Ia akan bersifat pemurah," Irvin Seah, pakar ekonomi di Bank DBS Singapura, dipetik sebagai berkata.

"Pada tahap ini, keperluan pada sokongan politik akan menjadi keutamaan berbanding pertimbangan ekonomi."

[Baca berita penuh]

ADS