Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Pergerakan hak wanita tak perlu di M'sia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata pergerakan menuntut hak wanita tidak perlu dijalankan di negara ini kerana kesaksamaan itu telahpun diberikan daripada awal lagi.

Dalam ucapannya ketika sambutan Hari Wanita Kebangsaan ke-50 hari ini, beliau berkata Malaysia lebih ke hadapan daripada negara membangun lain dari segi itu.

NONE "Wanita di Malaysia berbeza dengan di negara lain. Tak perlu berjuang hak wanita sebagai satu pergerakan sebab kita dari awal dah iktiraf kesaksamaan hak wanita dalam negara.

"Hak mengundi, wanita diberi hak dengan lelaki pada waktu sama, tak dinafikan. Sesetengah negara maju lelaki mengundi lebih awal dari wanita (tetapi) tidak di Malaysia," katanya.

Beliau juga cuba berjenaka apabila menimbulkan mengenai kesaksamaan kepada wanita dalam hak mendapat pendidikan.

"Sama juga (dalam) pendidikan. Kejayaan wanita dah diketahui umum. Sampai lelaki disebut sebagai spesis terancam," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan para wanita supaya tidak berpendapat bahawa semuanya baik di negara maju kerana Malaysia, menurutnya, lebih ke hadapan dalam soal hak wanita.

NONE "Bila saya berjumpa seorang penting di AS baru-baru ini saya kata dalam beberapa aspek US lebih maju tapi dalam beberapa hal kita lebih maju.

"Saya kata contohnya ada kelab-kelab yang tidak benarkan wanita di AS. Di Malaysia semua kelab terima wanita," katanya

"Contohnya Augusta National Club baru terima dua orang ahli wanita tetapi selama ini wanita tak dibenarkan. Di Malaysia semua kelab benarkan (keahlian wanita)," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS