Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH: Kaji kelemahan proses tanda dakwat kekal
Diterbitkan:  Nov 12, 2012 6:19 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengkaji beberapa kelemahan yang mungkin timbul dalam proses penandaan dakwat kekal ke atas pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan media hari ini, jawatankuasa pemandu BERSIH berkata prosedur baru itu mungkin menyebabkan proses pengundian terjejas dengan proses tidak adil dan juga kelewatan.

indelible ink psc 291211 Isu utama yang dibangkitkan ialah rancangan SPR untuk menanda dakwat kekal di jari pengundi sebelum membuang undi – yang menurut BERSIH mungkin akan mengotorkan kertas undi dan seterusnya menjadi undi rosak.

"Atas sebab ini, kebannyakan negara lain yang menggunakan dakwat kekal (seperti Afghanistan, Mesir dan Iraq) hanya menanda dakwat selepas pengundi membuang undi untuk memastikan pengundi itu tidak menghalang laluan pengundi lalu.

"Kami menggesa SPR untuk mengikut contoh ini," kata BERSIH dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini berkata prosedur itu perlu bagi memastikan proses menanda dakwat merupakan syarat untuk mengeluarkan kertas undi – kerana pengundi mungkin tidak mahu ditanda selepas membuang undi.

NONE Jawatankuasa itu juga menggesa SPR supaya memastikan supaya pengundi diberi masa secukupnya untuk melalui proses tersebut dan satu demonstrasi dijalankan bagi menguji kecekapan proses berkenaan.

Jawatankuasa itu berkata, sekiranya masa tambahan diperlukan untuk menanda dakwat, kesesakan mungkin berlaku di sesetengah pusat pengundian.

BERSIH juga bimbang sekiranya pengundi akan dapat mengelap dakwat kekal tersebut sebelum ia betul-betul kering.

Jawatankuasa itu tidak bersetuju dengan rancangan untuk memberikan kertas tisu kepada pengundi.

Sebaliknya, pengundi perlu waktu menunggu minimum selama satu minit perlu disediakan bagi membolehkan dakwat kekal itu kering sepenuhnya.

[Baca berita penuh]

ADS