Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rebat: Tak perlu had harga telefon pintar, kata Khairy
Diterbitkan:  Dec 28, 2012 6:08 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Pemuda Umno Malaysia menganggap langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghadkan rebat RM200 untuk telefon pintar yang berharga RM500, sebagai tidak perlu.

NONE "Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk smartphone (telefon pintar)," kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam

mesej twitter kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Bagaimanapun, Khairy (kiri)' dalam menangkis kritikan terhadap kerajaan ekoran had tersebut, menegaskan bahawa ucapan bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yangg layak terima rebat telefon pintar, dan bukannya harga telefon tersebut.

Menyuarakan sentimen yang sama adalah egawai kanan Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU), Norizan Sharif.

NONE Menulis dalam twitter, beliau berkata, jika mahu memberi rebat

RM200, maka berilah untuk semua telefon pintar.

Katanya, langkah mengehadkan kepada telefon pintar RM500 hanya akan membuat orang marah

Beliau menambah, jika terdapat rancangan untuk mengenakan harga siling, maka ia harus didedahkan dari awal lagi.

Katanya, rakyat rasa tertipu dan itu bukan semangat bajet 2013 dan kerana itulah mereka marah.

[Baca berita penuh]

ADS