Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jumlah mangsa meningkat, Tanah Merah pula banjir

Jajahan Tanah Merah di Kelantan mula dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kelantan petang ini meningkat kepada 41 orang berbanding 18 orang pagi ini.

Menurut portal banjir Kelantan, seramai 23 orang daripada tujuh keluarga dari Kampung Nibong, Tanah Merah kini ditempatkan di Dewan Desa Taqwa kampung berkenaan.

Jumlah penduduk yang dipindahkan di jajahan Pasir Puteh kekal 18 orang. Kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

Di Terengganu, 41 orang masih berada di dua pusat pemindahan banjir di negeri itu iaitu 21 orang di Dewan Sivik Batu 48 di Hulu Terengganu manakala 20 orang lagi di Surau Kampung Nyatoh Setiu.

Menurut portal banjir negeri jumlah korban banjir di Terenggganu kekal enam orang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di Kelantan (Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai) serta di Terengganu dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran ribut petir yang menyeluruh yang dijangka berlaku Sabah bermula malam ini hingga esok.

Kawasan yang terlibat ialah Bahagian Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan, dan Sandakan), Tawau (Daerah Lahad Datu) dan Kudat (Daerah Pitas, Kudat dan Kota Marudu).

Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan angin kencang.

- Bernama

ADS