Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes pegawai daerah: P Pinang dijangka buat rombakan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri bertindak untuk menggantikan seorang pegawai daerah di negeri itu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah.

"Seorang daripada pegawai daerah baru adalah seorang wanita. Beliau akan menjadi pegawai daerah wanita kedua di negara ini," kata Lim yang menambah pegawai daerah wanita pertama juga dilantik semasa pentadbirannya.

Lim berkata kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan tindakan curang penjawat awam dan akan mengambil langkah tegas ke atas individu yang bersalah atas dakwaan rasuah.

Beliau mengulas laporan media hari ini bahawa seorang pegawai daerah yang merupakan pembantu kepada salah seorang timbalan ketua menterinya serta seorang lagi individu ditahan pada 3 Januari berhubung dakwaan rasuah.

Kedua-duanya dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa beberapa hari dan identiti kedua-duanya juga bakal diketahui pada tarikh tersebut.

Lim bagaimanapun berkata beliau tidak pasti siapakah pembantu politik yang dimaksudkan dalam laporan media.

Menurut beberapa laporan akhbar, tiga individu ditahan dalam satu operasi SPRM pada malam 3 Januari di sebuah restoran di Seberang Perai ketika salah seorang daripadanya didakwa cuba merasuah seorang wanita sebanyak RM30,000.

Wanita itu dilaporkan mendakwa, seorang penjawat awam kanan melakukan gangguan seksual ke atasnya dan memfailkan aduan rasmi.

Dakwaan sogokan itu dilaporkan untuk mendorong wanita terbabit agar mengugurkan aduan terbabit.

[Baca berita penuh]

ADS