Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz perjelas semula keputusan majlis syura
Diterbitkan:  Jan 15, 2013 2:45 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan Majlis Syura berhubung kontroversi kalimah Allah, dengan menegaskan bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu jika meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang satu.

Dalam perkataan yang lain, orang Kristian yang mempercayai konsep Triniti, tidak dibenarkan menggunakan 'Allah', katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

Menteri besar Kelantan itu - yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura - dilaporkan berkata pihak yang mempercayai Tuhan lebih daripada satu, adalah salah untuk menggunakan perkataan Allah.

"Bagi orang yang nak guna nama Allah, dia kena yakin Allah hanya satu. Kalau agama dia mengatakan Tuhan lebih daripada satu, dan hendak mengguna nama Allah, maka maknanya tidak betullah.

"Orang bukan Islam, kalau nak sebut nama Allah, boleh. Hendak dilarang macam mana? Tetapi kalau orang Kristian tiba-tiba nak guna nama Allah, erti penggunaannya salah sebab mereka (berpegang kepada doktrin) Trinity (Tuhan, anak dan roh kudus)," katanya dipetik.

Ditanya mengenai perbezaan pendapat di kalangan pempinan berkaitan isu tersebut, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata: "Itu saya tidak tahu".

Kelmarin dalam satu kenyataan, Majlis Syura memutuskan antara lain untuk mencegah penggunaan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'God' atau 'Lord' dari kitab agama bukan Islam.

"...Menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan 'Allah' tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.

[Baca berita penuh]

1. PAS: Terjemah 'God' kepada 'Allah' bawa kekeliruan

ADS