Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Kedah telah memberi lampu hijau untuk program budaya '1Malaysia Tahun Baru Cina 'yang dijadual diadakan pada 15 Februari di Alor Setar.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pihak penganjur mesti memastikan penghibur berpakaian sopan.

Menurutnya, setiap peserta yang terlibat dengan

persembahan pentas dalam program itu, sama ada lelaki atau perempuan, mesti berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

NONE Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas laporan media bahawa program itu dilarang diadakan jika tidak mematuhi garispanduan kerajaan negeri berhubung persembahan awam.

Menurut pekeliling yang dikeluarkan kepada media oleh Exco Negeri bagi kesihatan, sukan, belia, budaya, seni, warisan dan bioteknologi, Hamdan Mohamed Khalib, garispanduan itu "boleh diubah" mengikut keadaan.

Apa yang lebih penting, katanya, ialah kerajaan Pakatan Rakyat tidak sombong dan tidak takut untuk mengakui kesilapan jika ia berlaku.

Beberapa pihak telah mengecam kerajaan negeri kerana mengenakan garispanduan keras bagi program kebudayaan yang juga menyatakan bahawa wanita dewasa tidak dibenarkan membuat persembahan dalam acara tersebut.

Bagaimanapun, mengikut garispanduan tersebut, terdapat "kekhilafan" kerana acara yang akan datang itu adalah menjadi persembahan kebudayaan awam.

Menurutnya, selepas mengenal pasti kesilapan itu, garispanduan baru dan kelulusan telah dikeluarkan kepada City Plaza dan penganjur, tanpa syarat yang dinyatakan dalam yang garispanduan awal, dan  etika pakaian yang selaras dengan budaya masyarakat perlu dipatuhi.

Sementara itu, pejabat Hamdan dalam satu kenyataan  berkata, garispanduan itu bertujuan untuk mengawal persembahan yang boleh menimbulkan masalah sosial, terutamanya di kalangan belia Melayu Islam.

Bagaimanapun, katanya, bagi program kebudayaan dan keagamaan yang melibatkan masyarakat Cina, India dan Thailand, beberapa kelonggaran dibenarkan mengikut keadaan.

Garispanduan itu, tambahnya, boleh dikeluarkan selaras dengan keperluan acara itu kerana kerajaan negeri mendengar dan menerima pandangan masyarakat untuk kebaikan semua.

NONE Difahamkan, penganjur program '1 Malaysia Tahun Baru Cina' itu tidak

mengadakan perbincangan dengan pejabat Hamdan (kiri) selepas menerima garispanduan sebelum ini, tetapi membangkitkan isu tersebut kepada para pegawai MCA.

Jurucakap pejabat Hamdan berkata, biasanya, penganjur acara akan berbincang dengan Hamdan, dan beberapa garispanduan akan dilonggarkan bagi menjayakan program tersebut, berdasarkan keperluan mereka.

[Baca berita penuh]

ADS