Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang pemimpin Gerakan menafikan dakwaan bahawa buku yang diedarkannya sewaktu mengagihkan bantuan persekolahan RM100 bertujuan untuk memburukkan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan kematian setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock.

NONE Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau memberitahu

Malaysiakini

bahawa isu itu telah diputarbelitkan oleh penyokong Pakatan untuk memburuk-burukkan dirinya.

Sebuah laman Facebook yang dikendalikan oleh penyokong Pakatan memuat-naik gambar yang menunjukkan artikel dalam bahasa Cina berjudul 'Pakatan, berhenti politikkan kes Teoh Beng Hock!'.

Ini telah diterbitkan dalam buku tersebut.

Posting dalam Facebook itu mendakwa buku dalam bahasa Cina itu telah diberikan kepada ibubapa ketika menerima wang bantuan RM100 di sebuah sekolah.

NONE Pemilik lamanweb itu mengecam BN dan Lau kerana menggunakan kes kematian Teoh untuk menyerang Pakatan, dan menyeru ibubapa

supaya mengundi Pakatan Rakyat walaupun menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan BN.

Dihubungi hari ini, Lau mengakui beliau mengedarkan bukunya semasa majlis tersebut. Ia mengandungi koleksi artikel yang telah diterbitkan sebelum ini. Buku itu telah diterbitkan oleh Gerakan Mei lepas.

Beliau menjelaskan artikel yang dibangkitkan oleh warga siber itu hanyalah salah satu daripada pelbagai isu.

Banyak artikel dalam buku itu juga sangat kritikal terhadap kerajaan BN juga, tegasnya.

[Baca berita penuh]

ADS