Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: K'jaan setuju Pornthip bedah siasat Sugumar

Peguam kepada keluarga mendiang C Sugumar berkata Kementerian Kesihatan secara dasarnya bersetuju untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bagi menjalankan bedah siasat kedua ke atas mayat tersebut.

Peguam tersebut, Latheefa Koya berkata perkara itu merupakan hasil perbincangan bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Dr Mohd Azhar Yahaya dan Pengarah Perkembangan Perubatan Dr Azmi Shapie di bangunan kementerian tersebut di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, anggota keluarga berkenaan yang berkumpul di perkarangan bangunan berkenaan  masih menunggu surat rasmi mengenai keputusan tersebut untuk memastikan kerajaan benar-benar bermaksud demikian.

"Surat yang kita beri sebelum ini mereka tak jawab apa yang kita mahu. Mereka kata rujuk dengan Ibu Pejabat Polis. Tak ada kaitan dengan polis sebenarnya. Kita mahu kebenaran Dr Pornthip buat bedah siasat.

"Jadi tadi kita berbincang dan bagitau apa yang kita mahu iaitu kebenaran daripada kementerian untuk benarkan Dr Pornthip buat bedah siasat kedua dan sediakan peralatan pembedahan. Secara lisannya mereka bersetuju.

"Mereka kata akan sediakan surat kebenaran dan nak fax. Tetapi kami cakap, kami akan tunggu sampai surat dikeluarkan. Jadi kita sekarang tak tahu adakah kandungan surat itu sama seperti yang dipersetujui tadi. Kita akan tunggu," katanya kepada Malaysiakini .

[Berita penuh menyusul]

ADS