Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, Jafrei Nordin, yang mengaku sebagai pembantu khas kepada Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu, mengumumkan peletakan jawatannya atas alasan tidak puas hati dengan bosnya dan DAP.

Jafrei berkata beliau memilih Pulau Pinang dan bukan Selangor untuk mengumumkan peletakan jawatannya kerana beliau bimbang keselamatan dirinya dan keluarganya, kerana ia akan membawa "implikasi besar".

Bagaimanapun, Liu ketika dihubungi menafikan Jafrei adalah pembantu khasnya dan beliau telah menamatkan semua pelantikan seumpama itu di bawah portfolionya sebagai exco, tiga tahun lalu.

NONE Jafrei mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang akhbar

pagi ini di kediaman Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng (kanan), yang keluar PKR pada 2009.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya dalam masa beberapa hari," tambah Jafrei.

Katanya, beliau meletak jawatan kerana "kurang yakin dan kecewa" dengan Liu, yang menurutnya telah gagal untuk menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jafrei mendakwa Liu dan DAP Selangor tidak menghormati PAS dan PKR di negeri itu, serta mendakwa terdapat pihak-pihak tertentu di dalam parti itu yang berniat untuk menjatuhkan kedua-dua parti berkenaan.

Berikutan itu, dakwanya lagi, DAP negeri itu mahu menjadi parti yang dominan dalam gabungan Pakatan Rakyat di Selangor.

Jafrei berkata, dia tahu setiap rancangan Liu dan DAP untuk melemahkan PAS dan Parti PKR di Selangor.

Rancangan tersebut, dakwanya, termasuk usaha untuk memujuk pemimpin Melayu, seperti bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim, bertanding di bawah tiket DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Jafrei, yang mendakwa telah menjadi aktivis DAP sejak 2004, berkata, parti itu merancang membentuk sebuah kerajaan baru negeri Selangor dengan mengetepikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan mendakwa parti itu telah melabelkan menteri besar itu sebagai 'Khalid Gagap' atau 'Nervous Khalid '.

"Biarlah rakyat menghakimi DAP sendiri," katanya.

Ketika dihubungi, Liu menafikan bahawa Jafrei adalah pembantu khasnya dan berkata beliau telah menamatkan semua pelantikan itu di bawah portfolionya sebagai exco tiga tahun lalu.

Liu berkata beliau menamatkan perkhidmatan semua pembantunya selepas pemecatan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang Boon Hock Tee, yang didakwa menyalahgunakan kepala surat Liu pada 31 Julai 2010, untuk mendapatkan kontrak untuk kroninya.

Sehubungan itu, Liu mencabar Jafrei untuk menunjukkan sama ada dia pernah menerima apa-apa bayaran atau elaun bagi jawatan yang yang didakwanya itu.

NONE Liu (kanan) juga bertanya kepada Jafrei mengapa dia mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang jika dia mendakwa menjadi 'pembantu khas Ronnie Liu'.

"Beliau mengarut dan seorang pembohong," katanya,

"Dia telah diperkenalkan oleh seorang rakan pada tahun 2008 dan berkata beliau mahu membantu sebagai seorang sukarelawan, dan mendakwa dia seorang jurutera dan pandai.

"Selepas mengujinya dalam satu dua kes, kita mendapati ia adalah tidak benar dan jadi saya tidak pernah digunakan khidmatnya lagi selepas itu," kata Liu.

"Saya juga mendapat tahu bahawa secara sulilt, di belakang saya, mencetak kad dirinya yang menyatakan dia adalah pembantu saya."

Liu berkata Jafrei tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran negeri, jika tidak sudah tentu dia tahu hubungan baik yang sedia ada di kalangan ahli exco dan menteri besar, sama ada dari DAP, PAS atau PKR.

[Baca berita penuh]

ADS