Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dalam menghalang pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan daripada melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa dakwaan keganasan polis, C Sugumar.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa Najib telah berkomunikasi dengan PM Thai (Yingluck Shinawatra) berhubung bedah siasat kedua ke atas Sugumar.

NONE Ekoran komunikasi tersebut, dakwanya lagi, kerajaan Thailand

memutuskan supaya Pornthip (kiri) tidak perlu melakukan bedah siasat tersebut agar tidak menjejaskan hubungan antara kedua buah negara.

Pakar forensik Thai itu sebelum ini telah bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua terhadap Sugumar selepas ahli keluarga menolak keputusan bedah siasat pertama.

Bagaimanapun semalam, Pornthip tiba-tiba memberitahu mereka bahawa beliau tidak boleh terlibat dalam perkara itu kerana "sebab-sebab peribadi".

Surendren, yang turut menganggotai pasukan yang mewakili keluarga mangsa, berkata maklumat mengenai dakwaan di sebalik penarikan diri Pornthip itu diperolehi mereka dalam bertulis baru-baru ini.

Katanya, mereka telah diberi maklumat tersebut oleh sumber yang boleh dipercayai dan "kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kebenaran maklumat tersebut".

Ditekan lanjut mengenai identiti sumber mereka dan sama ada mereka mempunyai bukti dalam bentuk dokumen terhadap tuduhan yang serius itu, Surendren enggan mendedahkannya, tetapi menegaskan mereka mempunyai segala-galanya secara bertulis dan ia adalah dokumen yang mereka sedia kemukakan di mahkamah.

Ditanya sama ada Pornthip telah menerima arahan rasmi dari Kementerian Keadilan Thailand supaya tidak terlibat dalam perkara itu, Surendran berkata Pornthip adalah orang yang terbaik untuk  menjawab soalan itu.

[Baca berita penuh]

ADS