Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden Filipina beri amaran pada penceroboh Lahad Datu

Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada kepada seorang sultan negara itu bahawa pembesar berkenaan berdepan dengan tindakan keras sekiranya tidak menghentikan pertentangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.

Laporan AFP menyebut, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III mengundurkan 180 orang pengikutnya – termasuk kira-kira 30 orang yang bersenjata – yang kini sudah dua minggu menduduki kawasan perkampungan nelayan di Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan paling keras mengikut undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi kesemua yang diletakkan dalam bahaya," kata Aquino dalam satu siaran televisyen.

Katanya, Jamalul Kiram selaku pemimpin seharusnya bersama kerajaan untuk mengarahkan pengikut mereka kembali ke kampung halaman dengan aman.

Aquino memberi amanran bahawa beliau tekah mengarahakn siasatan ke atas kesemua pelanggaran undang-undang oleh Jamalul Kiram, pengikut dan pihak yang bersubahat dalam kegiatan tersebut.

Katanya, peruntukan negara itu menetapkan bahawa undang-undang yang menghalang rakyat menghasut untuk berperang boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.

[Baca berita penuh]

ADS