Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ekonomis menyambut baik manifesto Pakatan Rakyat sebagai satu kajian yang bernas mengenai masalah yang menjejaskan ekonomi Malaysia walaupun ada keraguan tentang beberapa langkah-langkah gabungan itu yang dilihat lebih populis.

Pengkritik berkata antara kelemahan ialah kekurangan visi yang lebih luas untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

Secara umumnya, mereka berkata, jika dilaksanakan, manifesto itu akan menjadi rahmat kepada ekonomi Malaysia dan menangani beberapa perkara seperti jurang kekayaan dan ketirisan yang berlaku dalam ekonomi yang pernah dianggap sebagai paling dinamik di Asia Tenggara.

10th malaysia plan forum 180610 terence gomez "Sebagai manifesto pilihan raya, ia adalah menyeluruh dan ditulis

dengan agak baik. Ia menangani isu-isu serius di Malaysia yang perlu ditangani oleh mana-mana kerajaan," kata pakar ekonomi-politik Universiti Malaya, Terence Gomez (kiri).

Bagaimanapun, katanya ia agak berdorongkan mikro dan kemungkinan "hilang gambaran besar masyarakat yang mereka sepatutnya cuba wujudkan."

Pakatan berkata dasar-dasarnya yang akan menjimatkan RM49.5 bilion. Menurut Mereka lagi, simpanan akan diperolehi daripada membendung rasuah, perbelanjaan berhemat dan meningkatkan hasil kerajaan dengan merangsang pembangunan ekonomi.

Teras dasar ekonomi Pakatan nampaknya mensasarkan untuk mengurangkan peranan kerajaan, mengkaji semula monopoli berkaitan kerajaan, memansuhkan subsidi yang tidak produktif, dan mengkaji semula projek-projek infrastruktur.

[Baca berita penuh di KiniBiz]

ADS