Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biarlah Mukhriz bertanding dulu, kata bapa
Diterbitkan:  Mar 11, 2013 7:41 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cakap-cakap perebutan jawatan menteri besar Kedah jika BN menang pada pilihan raya umum ke-13 tidak akan menjejaskan gabungan itu kerana anggotanya telah diberi peringatan.

Berucap pada program Bersama Negarawan di Kulim hari ini, beliau berkata, sempat bertemu jawatankuasa perhubungan Umno negeri sebelum ke program itu dan semua mengaku akan mengutamakan kemenangan parti, bukan diri sendiri.

"Ada pula orang tanya berkaitan anak saya (Mukhriz) adakah dia calon MB. Saya kata biarlah dia bertanding dulu, DUN atau Parlimen, tidak mengapalah.

"Yang penting, semua anggota bagi pengakuan untuk sokong siapa sahaja yang dipilih perdana menteri sebagai calon.

"Orang Kedah dah rasa dah... tiada apapun jasa PAS terhadap negeri ini, banyak rosak lagi ada la yang dia buat," bekas perdana menteri dipetik sebagai berkata oleh Bernama .

ADS