Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

VIDEO | 1.26 minit

Satu kekacauan tercetus apabila sekumpulan penyokong PKR dan penduduk kampung cuba menghentikan satu ceramah pro-BN yang dijalankan di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti di Pulau Pinang pada malam tadi.

Kumpulan berkenaan memasuki kawasan sekolah tersebut untuk menghentikan acara berkenaan – yang memfokuskan isu pencerobohan Lahad Datu dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

NONE Difahamkan, kumpulan berkenaan membantah ceramah berbentuk politik itu diadakan di sekolah memandangkan premis seperti itu tidak boleh digunakan oleh ahli politik.

Ratusan penyokong berkenaan, termasuk ketua AMK negeri Amir Ghazali – berhimpun di sekeliling kawasan sekolah sejak jam 9 malam, namun dihalang kira-kira 100 orang polis yang berkawal.

Acara berkenaan antara lainnya menampilkan MP Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin dan pemimpin NGO anti-PKR, Muhammad Zahid Md Arip.

Kedua-dua pemimpin berkenaan bagaimanapun berjaya menyampaikan ucapan walau dengan keadaan bising di luar kawasan itu.

Sementara itu, polis menahan seorang warga emas yang didakwa cuba mencetus kekacauan, dan dibebaskan kemudian.

Ketua polis daerah Seberang Perai Azman Abd Lah berkata tiada penahanan dibuat memandangkan keadaan itu “normal semasa musim pilihan raya”.

"Tiada huru-hara, hanya sedikit kekacauan,” katanya yang menambah polis turut mengerahkan unit tindakan ringan (LSF).

Azman menafikan bahawa majlis berkenaan merupakan satu ceramah dan mendakwa ia hanya satu “mesyuarat dan taklimat”.

[Baca berita penuh]

ADS