mk-logo
Berita
MB S'gor terima permohonan maaf bekas ketua SPRM

Bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan memohon maaf di mahkamah terbuka, kepada menteri besar Selangor berhubung kenyataan yang dibuatnya pada 2009.

NONE Peguam Sankara Nair (kiri), yang mewakili Tan Sri Abdul Khalid

Ibrahim berkata kerajaan dan Ahmad Said telah bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam dua akhbar yang telah melaporkan kenyataan Ahmad Said itu.

Ia perlu disiarkan di muka depan akhbar New Straits Times , tetapi tidak ada syarat khusus untuk akhbar The Star.

Bercakap di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini, Sankara berkata responden bersetuju untuk membayar kos RM10, 000.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini