Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

WAWANCARA Kedua-dua mereka - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Rafizi Ramli - mempunyai satu persamaan, iaitu dalam pembocoran maklumat; bagaimanapun kedua-dua pesaing di parlimen Pandan itu tidak dapat sama sekali dibandingkan.

Ong, yang terlibat mendedahkan skancal PKFZ berkata, pendedahannya melibatkan anggota parti sendiri manakala pendedahan pengarah strategi PKR itu mensasarkan musuh politik.

NONE "Strateginya mungkin tidak sama dengan saya kerana dalam kes saya, isunya saya dedahkan daripada dalam.

"Bukan saya tunjukkan salah siapa, kelemahan siapa, atau skandal siapa, tetapi sebaliknya saya bersihkan rumah sendiri ketika berkhidmat sebagai menteri," katanya.

Bekas menteri dan presiden MCA itu berkata demikian dalam wawancara ekshlusif degan Malaysiakini sama ada akan bersaing dengan Rafizi yang mempunyai rekod mendedahkan dakwaan rasuah.

Rafizi sudah diumumkan sebagai calon PKR di Pandan sementara Ong masih berharap diberikan peluang mempertahankan kerusi itu oleh partinya MCA.

[Baca berita penuh]

ADS