Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa percaya, video seks baru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti Islam itu "palsu" dan parti tidak perlu menyiasatnya.

NONE "Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," kata Husam ( kiri ) ketika ditemui pagi ini.

Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.

[Baca berita penuh]

ADS