Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuliah batal, siswa wajib tonton 'Tanda Putera'

Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor diarahkan membatalkan kuliah masing-masing bagi memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera untuk mahasiswa.

NONE Dalam memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” kepada pensyarah semalam, dinyatakan bahawa universiti meluluskan pengecualian kuliah ketika acara itu.

Ia dijadual berlangsung hari ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“...dan diharapkan kerjasama pensyarah untuk sama-sama membantu pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) bagi menjayakan program tersebut,” memo itu dipetik.

Bagaimanapun, pensyarah diminta memberi maklum balas berhubung pelajar yang perlu membuat pembentangan, kuiz dan ujian.

Memo itu didedahkan oleh Ketua DAP Segamat Pang Hok Liong dalam ceramah di Buloh Kasap malam tadi.

[Baca berita penuh]

ADS