Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Uthaya kata adik 'rampas' Hindraf
Diterbitkan:  Apr 18, 2013 11:19 AM
Dikemaskini: 12:11 PM

P Uthayakumar, salah seorang daripada dua beradik yang menubuhkan Hindraf, mendakwa adiknya P Waythamoorthy "merampas” kumpulan pendesak berkenaan.

Uthayakumar berkata demikian dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini, tidak berapa lama sebelum pasukan Waythamoorthy menghadakan majlis bersama pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong rangka tindakan Hindraf.

Rangka tindakan berkenaan merupakan senarai tindakan bagi kerajaan baru yang dibentuk untuk menyelesaikan enam perkara utama melibatkan masyarakat India.

Waythamoorthy juga cuba mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat bagi menyokong rangka tindakan itu.

Ini merupakan serangan pertama Uthayakumar sekjak Waythamoorthy pulang dari buangan pada Ogos tahun lalu dan mendakwa menjadi penggerak utama Hindraf.

Sejak itu, Uthayakumar menumpukan usahanya pada Parti Hak Asasi (HRP) namun tetap menekankan bahaw beliau merupakan pemimpin sebenar Hindraf.

[Baca berita penuh]