Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
Lagi berita dari pengarang
mk-logo
Berita
Hindraf: Kembalikan majoriti dua pertiga BN

Kumpulan pendesak Hinfraf menggesa masyarakat India mengembalikan sokongan kepada BN bagi membolehkan parti itu mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy ketika merayu sokongan itu berkata, masyarakat India perlu mula menyebarkan bahawa kebajikan mereka hanya akan dapat dijaga oleh BN.

Beliau berucap dalam satu acara di Brickfields, di mana beliau menandatangani perjanjian persefahaman dengan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk melaksana rangka tindakan BN-Hindraf untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

Perjanjian itu, yang digelar 'pelan tindakan lima tahun Hindraf-BN untuk masyarakat India', memberi tumpuan kepada empat bidang utama - meningkatkan taraf pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu tanpa warganegara, dan peluang pendidikan dan perniagaan.

[Baca berita penuh]