Malaysiakini BERITA

Pegawai SPR didakwa catat nombor siri kertas undi pos

Kuek Ser Kuang Keng  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Petugas kempen DAP mendakwa bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab bagi kawasan Parlimen Pulai, telah mencatat nombor siri kertas undi pos sebelum menghantarnya kepada pengundi - meningkatkan kebimbangan bahawa undi tersebut dapat dikesan dengan mudah.

NONE Calon DAP bagi DUN Pengkalan Rinting, Cheo Yee How (kiri) dan wakil  calonnya, Tah Moon Hui mendakwa bahawa mereka ternampak kejadian itu semalam semasa lawatan mereka ke pusat gerakan SPR di Johor Bahru untuk memeriksa kertas undi pos sebelum ianya dihantar.

Mereka menunjukkan kepada Malaysiakini gambar yang diambil secara tersembunyi di pusat gerakan tersebut, yang menunjukkan nombor siri enam angka kertas undi bagi parlimen dan kerusi DUN setiap pengundi pos, telah dicatat bersebelahan nama pengundi dalam senarai pemilih undi pos.

Malaysiakini juga telah mengesahkan dengan beberapa wartawan yang telah memohon menjadi pengundi pos bahawa setiap undi mereka dicetak dengan nombor siri enam angka.

"Saya mengesyaki nombor siri yang dicatat oleh SPR boleh digunakan untuk mengesan undi yang dipangkah. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa setiap undi perlu dirahsiakan," kata Cheo ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Di kawasan Parlimen Tanjong Piai, calon DAP, Mahdzir Ibrahim juga menerima satu aduan yang sama daripada pegawai rendah SPR yang telah memohon untuk menjadi pengundi pos.

Beliau berkata nombor enam angka yang dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk mengembalikan undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang hendak dihantar kepada pengundi.

Beliau berkata nombor enam angka juga dicetak pada sampul surat, yang akan digunakan untuk menghantar kembali undi kepada SPR, dan SPR mempunyai rekod kertas undi yang akan diposkan kepada pengundi.

"Seorang pengundi memberitahu saya bahawa undinya akan dikesan, oleh itu, dia akan memangkah undi rosak," kata Mahdzir kepada Malaysiakini.

"Kita tahu bahawa sampul surat akan dipisahkan daripada kertas undi semasa proses pengiraan, dan kotak undi akan disimpan selama enam bulan selepas pilihan raya. Tetapi jika pegawai SPR membuka kotak  undi, mereka akan dapat mengesan pengundi. Isu sekarang ialah integriti SPR. "

Cheo dan pasukan kempennya juga mengesan nama seorang lagi

pengundi pos yang muncul dalam kedua-dua senarai 'pegawai SPR' dan senarai 'pengamal media'.

NONE "Kedua-duanya mempunyai nama dan nombor MyKad yang sama tetapi muncul dalam daerah mengundi yang berbeza. Saya bimbang ini boleh membawa kepada penyelewengan pilihan raya, "kata calon berusia 29 tahun.

Kakitangan SPR dan wartawan yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian, dibenarkan mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum ini.

[Baca berita penuh]