BERITA

Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan

Susan Loone

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mei 2013, 12:03 tengahari

Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi.

Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.

NONE Bercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan.

Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok.

"Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.