Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib pertahan Utusan, kata akhbar Cina pun sama
Diterbitkan:  May 7, 2013 9:22 PM
Dikemaskini: 1:27 PM

VIDEO | 2.15 min

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertanya soalan "Apa lagi Cina mahu?"

 

NONE "Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

 

Najib (kanan) menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis

berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dua setengah jam dengan wakil rakyat BN yang baru dipilih di Pusat Dagangan Dunia Putra.

 

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

 

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyalahkan mereka, tetapi menegaskan bahawa mereka perlu diberitahu bahawa mereka telah terpengaruh sama seperti dakwaan 16 Sept, lapor fz.com , merujuk kepada kegagalan percubaan Pakatan Rakyat gagal untuk memujuk 30 Ahli Parlimen BN menyertai mereka pada 2008.

[Baca berita penuh]

ADS