mk-logo
Berita
IGP: Tak perlu permit selagi perhimpunan aman
Diterbitkan:  May 8, 2013 10:29 AM
Dikemaskini: 11:06 AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.

Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.

Menurutnya, perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Ramli berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Laporan media semalam menyebut perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan.

[Baca berita penuh]

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS