mk-logo
Berita
Menteri: Pakatan masih dapat tempat di media baru

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mendapat liputan dalam media massa kerana gabungan parti berkenaan menurutnya masih mendapat tempat di media baru.

NONE "Sebenarnya ini tidak benar (pembangkang tak diberikan akses kepada media) kerana, terbukti sebenarnya mereka dapat akses.

"Cuma sekarang ini hanya berkaitan dengan akses media (tradisional). Semakin lama peranannya semakin terbatas.

"Tetapi media baru adalah satu media yang berkembang dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Dan mahu tak mahu mesti mengakui bahwa sebenarnya mereka (pembangkang) boleh akses pada media baru," katanya.

Dalam sidang media sama, Shabery berkata, kerajaan memberi kebebasan dan tidak mengadakan tapisan terhadap media baru seperti di negara lain.

NONE Jelasnya, walaupun ada sesetengah negara yang mengharamkan penggunaan laman Facebook dan membuat tapisan pada kandungan media baru, perkara itu tidak akan terjadi di negara ini.

"Negara kita tak ada (sekatan ke atas media baru). Itu adalah bukti yang paling besar bahawa kebebasan bersuara sudah pun ada dan sudah diamalkan dalam negara kita.

"Mungkin tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya asas itu penting dan patut dihargai," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis penyerahan tugas oleh Datuk Seri Rais Yatim di Putrajaya hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini