BERITA

18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Mei 2013, 1:08 pagi

Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.

NONE

Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.

Kira-kira 1,000 sebelum ini telah berkumpul di luar balai polis tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, di tengah-tengah kehadiran ramai anggota polis yang menutup pintu masuk ke balai.

Program nyalaan lilin itu berjalan dengan lancar sehingga kira-kira jam 10 malam, apabila, ketika Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berucap kepada orang ramai, pihak polis mengeluarkan notis memberi mereka masa 10 minit untuk bersurai.

Aktivis pelajar Khalid Ismath kemudian cuba berunding dengan pihak polis supaya diberi tambahan 30 minit. Bagaimanapun, pihak polis hanya bersetuju memberi tambahan 10 minit.

Polis mengeluar notis kedua untuk masa 10 minit ketika Ahli Parlimen (MP) Puchong, Gobind Singh Deo berucap kepada hadirin.

Polis kemudian mula bergerak memperluaskan "kawasan yang ditutup" di luar balai Jinjang, dan mereka enggan mengosongkan kawasan itu ditahan.

NONE ketika tangkapan dibuat, beberapa peguam, termasuk MP DAP Segambut, Lim Lip Eng (kiri); MP PKR Petaling Selatan, Hee Loy

Sian, Sivarasa dan anggota jawatankuasa PAS pusat, Zulkifli Ahmad, cuba masuk ke dalam balai polis Jinjiang untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditahan .

Mereka pada mula didakwa tidak dibenarkan berjumpa dengan tahanan, dengan Lim mendakwa beliau pada satu ketika diberitahu oleh polis bahawa dia tidak boleh masuk dan polis "hanya mengikut arahan".

Polis akhirnya membenarkan tiga daripada peguam tersebut masuk. Mereka kemudian terus mengalah lagi dan membenarkan seorang peguam masuk pada satu masa.

Menurut Sivarasa dua orang berusia 16 tahun, manakala selebihnya berumur antara 18 hingga 24 tahun.

Pada masa ini, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat, yang telah tiba tempat kejadian, memberitahu kira-kira 300 hadirin yang masih berada di luar balai itu supaya duduk di situ sehingga semua mereka yang ditahan malam ini dibebaskan, yang dijangka dalam masa sejam .

3 dipukul sebelum ditangkap

Sementara itu, difahamkan bahawa Lim, bersama dengan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty NGO dan Haji Ismail, dapat bertemu dengan 18 orang yang ditahan itu selama kira-kira 25 minit, di mana mereka secara ringkas menasihati mereka tentang bagaimana hendak berdepan dengan soal siasat polis.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas menemui mereka yang

ditahan, Lim berkata para peguam bagaimanapun, tidak dibenarkan untuk menemani tahanan ketika kenyataan mereka dirakam.

Lim berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram.

NONE "Kami menasihatkan mereka supaya tidak berkata apa-apa dan menjawab semua soalan di mahkamah," katanya.

Beliau juga mendakwa tiga daripada mereka yang ditahan itu, telah dipukul oleh polis sebelum mereka ditangkap (kanan).

Ketiga-tiga mereka dinasihat supaya untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Apabila beliau telah memberi taklimat kumpulan itu, Lim berkata, polis telah berjanji kepadanya bahawa semua mereka akan dibebaskan kemudian, selepas semua kenyataan mereka dirakam.

Malah, 15 daripada mereka kemudiannya dibebaskan pada jam 2 pagi, manakala tiga tahanan yang mendakwa dipukul telah dibawa oleh keluarga mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Menurut MP Kapar, G Manivannan, ketiga-tiga mereka akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada sebelah pagi.

Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.