Bekas pengerusi SPR kata RCI lebih berkesan

   

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berpendapat bahawa pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas suruhanjaya berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan suruhanjaya diraja dan bukannya jawatankuasa khas parlimen.

Abdul Rashid berkata "jalan pintas" seperti jawatankausa khas parlimen tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.

"Jika kamu bawa cadangan seperti sebelum ini, ia tidak berkesan sepenuhnya. Penyelesaian yang mudah (jawatankuasa khas parlimen) tidak berkesan.

"Sebarang pembaharuan mesti dilakukan dengan menyeluruh. Oleh itu, negara perlu menubuhkan suruhanjaya bebas yang mempunyai kuasa yang tinggi. Lebih baik jika ia adalah satu suruhanjaya diraja," kata Rashid ketika dihubungi Malaysiakini .

Selain itu beliau berkata lagi, suruhanjaya yang dicadangkan itu juga boleh membuat semakan terhadap SPR secara keseluruhan termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR.

"Suruhanjaya itu hendaklah terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya.

"Tetapi jika ia adalah jawatankuasa  yang terdiri sekali lagi daripada Ahli Parlimen, saya rasa tidak akan berjaya," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Katanya, ia bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti suruhanjaya tersebut, yang pada waktu ini diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Najib.

[Baca berita penuh]

VOIZ

Berita Terhangat