Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru umat Islam minoriti pribumi agar terus menyumbang bagi memperkukuhkan negara mereka dalam rangka menyelesaikan konflik di negara mereka.

Menurutnya, satu penyelesaian kekal perlu diatur untuk minoriti Muslim pribumi di Filipina, Thailand dan Myanmar.

"Daripada satu sudut, orang Islam ini perlu difahamkan yang mereka perlu hidup di bawah kerajaan nasional mereka.

"Mereka perlu mengelakkan keganasan dan melupakan idea menubuhkan negara Islam merdeka yang tidak sah.

"Orang Islam ini perlu mengiktiraf tanggungjawab sebenar mereka dalam konteks negara-negeri dan menyumbang sebanyak mungkin kepada kekuatan moral dan sosio-ekonomi negara mereka," kata Najib.

Di pihak kerajaan negara berkenaan pula, kata Najib, mereka perlulah memberikan autonomi dari segi amalan agama, pendidikan dan kebudayaan kepada golongan Muslim berkenaan.

"Kita perlu fahami mereka dan berikan mereka autonomi daripada segi agama, budaya, keperluan, pendidikan dan memahami sensitiviti mereka," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama pada simposium "Islam dan era baru negara Asean: Kesatuan pemikiran, Kemakmuran bersama" di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib yang juga menteri kewangan turut menggariskan tiga perkara yang boleh dilakukan umat Islam Asean untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan meluas dalam rantau itu.

Ia adalah mengenalpasti pengkalan kerjasama Muslim menerusi sudut pandang dunia Islam untuk memperbaharui hubungan sesama komuniti Islam, menghormati prinsip kepelbagaian dan mengukuhkan keadilan sosial berdasarkan prinsip universal agama yang merentasi masa.

ADS